Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 dipersetujui oleh kerajaan untuk diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Dan untuk pengetahuan anda, ini adalah buat pertama kalinya Pegawai Sambilan Harian menikmati bantuan tersebut. Manakala kepada pesara kerajaan pula, bantuan RM250 akan disalurkan.
Pejabat Perdana Menteri berkata, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggal4s tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharung1 tempoh yang penuh cab4ran ini.
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021.
Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan juga pesara.
Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelumnya disebabkan keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Kerajaan juga berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat lah meringankan beb4n kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh ded1kasi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH
Sumber : bharian
PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment on "Untungnya…Penjawat Awam Bakal Terima RM500, Lebih 2 Juta Nikmati Bantuan Khas Sempena Aidilfitri"