Tahniah! TMJ Dan Isteri Timang Cahaya Mata Keempat

Dalam satu perkongsian rasmi di laman Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini, baginda telah perkenan menamakan cucu perempuannya sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail.

Pengumuman rasmi itu telah dibuat oleh Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dan dimuat naik ke laman sosial rasmi Sultan Ibrahim serta beberapa lagi laman sosial rasmi kerajaan negeri Johor.

Menerusi pengumuman itu, puteri serta waris Tunku Mahkota Johor yang keempat ini dimaklumkan telah diputerakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pada 21 April 2021(Rabu).

TMJ & isteri luahkan rasa syukur

Perkara tersebut turut dinyatakan sendiri oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam di media sosial masing-masing.


Pasangan diraja itu meluahkan rasa syukur diatas kelah1ran cahaya mata keempat dan sempat berkongsi gambar keluarga bersama puteri yang baru diputerakan semalam.

Justeru itu, media sosial TMJ dan Che Puan Khaleeda telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet dan kesemuanya mendoakan agar keluarga baginda terus diberi kesejahteraan yang baik sepanjang masa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Facebook Sultan Johor Sultan IbrahimHRHJohorIIymchepuankhaleeda

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tahniah! TMJ Dan Isteri Timang Cahaya Mata Keempat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*