Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengekalkan rondaan dan pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah sempena perayaan Aidilfitri seperti yang dilakukan tahun lalu, lapor Harian Metro.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, pelaksanaan tersebut dibuat bagi memastikan tiada individu atau pihak yang berjaya ‘mel0loskan’ diri.
“Seperti perayaan tahun lalu, kita akan menggunakan strateg1 sama dengan membuat pemeriksaan di rumah.
“Kita akan periksa rumah yang ada banyak kereta untuk lihat sama ada mereka mempunyai surat rentas negeri atau sebaliknya,” katanya.
Gambar sekadar hiasan
Beliau berkata, terdapat segelintir pihak yang pandai mengatur strateg1 untuk merentas negeri ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR).
“Ada kalanya, mereka ini sudah semakin pandai. Apabila hujan lebat atau ribut, ada kalanya anggota tidak dapat berkawal di laluan atas faktor keselamatan dan berlindung di pondok.
“Ketika itulah ramai yang ambil kesempatan untuk rentas negeri,” ujarnya.
Gambar sekadar hiasan
Bagaimanapun, tindakan berkenaan bukan untuk menghalang orang ramai pulang ke kampung sebaliknya demi mengek4ng penularan wab4k C0vid-19.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH
Sumber: Harian Metro (Balqis Jazimah Zahari)
PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment on "Polis Ronda Pada Hari Raya, Periksa Rumah Yang Ada Banyak Kereta"