Pen1ng Kepala Cikgu! Murid Siap Bawa Kucing Dari Rumah

Bagi guru sekolah rendah, pasti ada sahaja pelbagai rag4m dan keletah anak murid yang perlu dihadapi dengan tenang sepanjang menjayakan sesi pembelajaran.

Kadang kala, golongan cilik itu bertindak di luar jangkaan orang dewasa apabila menerima arahan daripada para pendidik bagi menyiapkan kerja sekolah mereka.

Baru-baru ini, bilik guru di sebuah sekolah bertukar kec0h seketika apabila seorang cikgu berjaya ‘menyelamatkan’ seek0r kuc1ng yang dibawa oleh muridnya dari rumah.

Pening cikgu! Murid bawa kuc1ng ke sekolah

Menerusi sebuah perkongsian video @isfiefaraulah di platform TikTok, dapat dilihat guru berkenaan Siti Saharah mengeluarkan kucing tersebut dari beg berwarna merah jambu milik muridnya sebelum didatangi guru-guru lain.

Difahamkan, murid tersebut membawa si comel itu ke sekolah bagi mengikuti mata pelajaran yang berkaitan dengan jenis binatang dan haiwan.

“Tak, hari ni belajar berkaitan haiwan,” kata cikgu Siti selepas ditanya seorang guru sekiranya murid tersebut memberikan kucing itu kepada dirinya.

Tidak lama kemudian, cikgu Siti meletakkan kucing berkenaan di dalam sebuah bekas dan memberikan makanan selepas si comel itu kelihatan agak lemah.

Rakaman video berdurasi 30 saat itu menerima pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata terhibur dengan tindakan ‘tidak bersalah’ kanak-kanak tersebut selain berkongsi pengalaman masing-masing.

Dulu aku pun macam tu!

Angan2 aku masa sekolah dulu

Betul2 ikut arahan cikgu ni…

Tak pasal2 cikgu kena jaga!

Nasib baik takde apa-apa yang berlaku! Untuk penjaga murid, boleh sentiasa ‘alert’ apa yang dibawa oleh kanak-kanak. Maklum la, kadang-kadang mereka ni terlebih kreatif.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: TikTok @isfiefaraulah

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pen1ng Kepala Cikgu! Murid Siap Bawa Kucing Dari Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*