Hidayah milik Allah. Allah memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya, tidak mengira bangsa atau warna kulit, tua atau muda.
Begitulah seperti kisah seorang warga emas yang dikenali sebagai Maria, atau nama Islamnya Mariam, yang menetap di United Kingdom ini. Beliau baru memelvk Islam sewaktu berusia 84 tahun, iaitu pada tahun lepas.
Difahamkan lagi, beliau merupakan seorang anak yatim sejak kecil.
Kisah seorang warga emas bernama Mariam
Kisahnya bermula apabila pada suatu hari di musim sejuk, warga emas bernama ‘Maria’ itu bertandang ke sebuah masjid Redbridge Islamic Centre (RIC) yang terletak di Ilford, United Kingdom.
Setibanya di masjid itu, beliau mula berasa risau jika semua orang yang berada di dalam masjid itu memberi reaksi skeptikal terhadap dirinya memandangkan dia bukan seorang Muslim.
Apatah lagi selepas dim0mokkan dengan pelbagai khabar angin mengenai Islam daripada masyarakat sekeliling.
Bagaimanapun, disebabkan perasaan ingin tahu yang kuat terhadap Islam, beliau menggag4hkan diri menjejakkan kaki ke dalam masjid tersebut.
Dalam keadaan cuaca ding1n sewaktu musim sejuk itu, Maria berdiri menahan kesejukan di hadapan pintu masjid buat beberapa ketika sebelum memberan1kan diri bertanya kepada salah seorang wanita yang berada di perkarangan masjid tersebut.
Saya nak jadi ‘muslim’
Selepas dijemput masuk, salah seorang jemaah masjid menerangkan kepadanya tentang apa yang sedang mereka lakukan. Kebetulan, hari itu adalah hari Jumaat jadi jemaah lelaki sedang menunaikan solat Jumaat.
Justeru itu, dia diterangkan tentang ibadah sunnah tersebut serta perihal arah kiblat umat Islam berpaksikan Kaabah. Setelah mendengar segala penjelasan dengan tekun dan tenang, Maria terbuka hati untuk bertanya:
“Bagaimana caranya untuk saya menjadi seorang Muslim? Saya nak jadi Muslim,” katanya tanpa r4gu.
Tidak lama kemudian tanpa lengah lagi, Maria mengucap Syahadah di hadapan imam masjid itu dan beberapa jemaah wanita lain. Maka seperti bayi yang baru dilahirkan ke dunia, bermulalah kehidupannya sebagai seorang mualaf.
Sejak itu juga dia memilih menggunakan nama Mariam sempena nama ibunda Nabi Isa A.S.
Detik pertama beliau mengucap syahadah dikongsi oleh dirinya sendiri menerusi laman Instagram miliknya, @mariam_revert.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Kini, beliau gig1h belajar tentang sel0k-bel0k serta hvkum-hak4m dalam agama Islam.
Malah, di laman Instagramnya beliau aktif berkongsi rutin hariannya yang terdiri daripada belajar membaca ayat-ayat Al-Quran, menghafal nama-nama Allah dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, dia turut rajin berkongsi kata-kata hikmah islam1k beserta hadis-hadis nabi.
View this post on Instagram
Meskipun bergelar warga emas, semangat yang kuat untuk mempelajari tentang agama Allah itu membuatkan dirinya terus berusaha mempelajari ilmu Allah satu demi satu tanpa mengenali erti penat lel4h.
Sebagai contoh, dalam salah satu video yang dimuat naik, Mariam dilihat gig1h menggunakan cermin mata yang telah r0sak sewaktu membaca surah Al-Fatihah ditulis dalam tulisan rumi dan menyebut satu per satu ayat dengan penuh sabar.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Semoga Allah beri kebahagiaan buat Mariam
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi kesah pengislaman wanita tabah itu. Mereka mendoakan agar dirinya diberikan kebahagiaan selama-lamanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH
Sumber: Instagram @mariam_revert
PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment on "Pelvk Islam Umur 84 Tahun, Opah Gigih Belajar Ilmu Agama Di Usia Emas"