Setiap kali bulan Ramadan, pasti ramai yang tertunggu-tunggu laungan azan Maghrib dari masjid atau surau bagi menandakan sudah masuk waktu berbuka puasa.
Namun, baru-baru ini lain pula jadinya di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri G0mbak, B4tu Caves, Selangor yang melaungkan azan Maghrib awal tiga minit.
Susulan 1su tersebut, pihak Masjid Al-Khairiyah Sri Gombak telah memohon maaf dan menjelaskan kesilapan berpunca akibat masalah tekn1kal pada paparan digital waktu azan di masjid tersebut.
Dalam pada itu, pihak masjid memaklumkan bahawa puasa para jemaah di sekitar kawasan tersebut terb4tal dan perlu diganti.
“Assalamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Tmn Seri Gombak memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib *tiga (3) minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin @ 7 Ramadhan 1442 @ 19 April 2021* disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.
“Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa Tuan/Puan telah *terbat4l* pada hari tersebut dan perlu diganti/diqadha’,” tulisnya.
Sementara itu, rata-rata netizen di Facebook Asal G0mbak turut berkongsi cerita mengenai ins1den berkenaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH
Sumber : OMM
PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment on "Puasa Jemaah Terbatal, Masjid Di Gombak Laung Azan Maghrib Awal 3 Minit"