“Ank-ank inilah yang akan menj4ga ibunya” – Ucapan Datuk K Sempena Kelahiran Baby Kedua Tokti Und4ng Seb4k Netizen

Semalam, kita telah menerima berita gembira mengenai kelahiran bayi lelaki penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bayi yang masih belum diketahui namanya itu, merupakan anak kedua hasil perkahwinan Siti Nurhaliza dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau lebih mesra dikenali sebagai Datuk K.

Dalam gembira menimang cahaya mata yang kedua, Instagram Beauty & Co. Clinic telah memuat naik sebuah video yang memaparkan perjalanan ringkas Datuk Siti dalam melahirkan bayi keduanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Beauty & Co (@beautynco.clinic)

“Untuk melihat mereka grown up, possibilities agak kecil” – Datuk K

Menerusi video berdurasi 6 minit itu, ia memaparkan temu bual ringkas Siti dan Datuk K, yang mana masing-masing menceritakan pengalaman dan luahan hati sepanjang kehamilan penyanyi tersebut berlangsung.

Namun ketika sesi temubual bersama Datuk K, netizen sedikit tersentuh apabila suami penyanyi tersebut menyatakan luahan hatinya yang kemungkinan tidak sempat melihat anak-anaknya bersama Siti membesar atau berjaya satu masa nanti.

“I just want her to know that I just love her, she’s always in my heart. I truly honestly love her. And all my prayers sebagai seorang suami yang sangat-sangat menyayanginya untuk selamat melahirkan.

“Saya percaya kedua-dua anak ini akan memberinya berjuta-juta kegembiraan dan harapan yang menggunung. InsyaAllah kedua-dua anak ini akan menjadi solehah dan soleh yang akan menyayangi ibunya.

Sebab pada saya, menjangkau umur yang melebihi 60 tahun dan Siti baru 40an dan anak yang baru dilahirkan… untuk melihat mereka berjaya ataupun grown up, possibilities ia adalah agak kecil.

“Apa yang saya doakan anak-anak inilah yang akan bersama-sama ibunya. Yang akan mengharungi masa depan mereka bersama. InsyaAllah,” katanya.

“Sebak pulak kita”

Rata-rata peminat dan netizen yang melihat video ini merasa sedikit sedih dengan luahan hati Datuk K dan mereka berdoa semoga suami penyanyi ini dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik supaya dia dapat melihat anak-anaknya membesar suatu masa nanti.

Semoga family Siti dan Datuk K bertambah happy dengan kehadiran baby baru ni.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber:LM

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ank-ank inilah yang akan menj4ga ibunya” – Ucapan Datuk K Sempena Kelahiran Baby Kedua Tokti Und4ng Seb4k Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*