Selepas mendapatkan gigi baru buat anak, anak kepada pasangan popular iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadi perhatian wargamaya sejak beberapa hari ini.
Mana tidaknya, diusia yang masih kecil beruntung sungguh puteri kedua mereka itu yang dikenali sebagai Hayla atau nama penuhnya Hayla Maghrifatul Adziyaa.
Perkongsian Wawa Zainal memuat naik telatah Hayla dengan gigi barunya itu baru-baru ini pula ternyata mendapat perhatian ramai dalam masa yang sekejap.
View this post on Instagram
Ini kerana kecomelan Hayla yang saling tak tumpah seperti ibunya itu dan terbaharu pula, menerusi posting Aeril Zafrel, Hayla menjadi tumpuan lagi apabila pelakon kacak itu pula merakam telatah puteri kesayangannya itu yang mendapat gigi baru.
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut pula bagaimanapun menarik perhatian peminat dan pengikut juga gara-gara rambut cantik Hayla dan akui wargamaya cemburu melihat rambutnya itu yang mana turut menjadi idaman buat para gadis di luar sana.
“Kan rambut idaman gadis-gadis tu haha”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH
By Staff Pen Merah
Sumber : Instagram aeril_zafrel
PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment on "Aeril Zafrel Kongsi Video Gigi Baru Hayla Tapi Lain Pula Yang Ditengok Netizen"