KKM Dedah Realiti Sebenar Negara, Hospital Mungkin Tak Dapat Tampung Pesakit C0vid-19

Melihatkan jumlah kes meningkat setiap hari dan kes COVID-19 yang aktif kini mencapai 24,347 kes sekaligus menimbulkan keb1mbangan. Setakat ini, Malaysia mencatatkan 125,438 kes sejak wab4k ini bermula.

Mendedahkan realiti sebenar negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata sistem penjagaan kesihatan kini berada pada “tahap gent1ng” dan sedang berjuang dengan pertambahan jumlah pesakit.

“(Ini) kerana kes meningkat setiap hari. Kami mungkin tidak dapat menampung pesakit di kemudahan kami.

“Kami melihat bagaimana kami dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita. Tetapi yang terbaik adalah bukan hanya meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita … tetapi untuk mengurangkan beban,” katanya.

Susulan itu, KKM semalam mencadangkan kepada kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan ‘PKP bersasar’ untuk menurunkan jumlah kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata PKP Bersasar yang dimaksudkan beberapa negeri akan berada di bawah perintah kawalan pergerakan.

“Ini pendekatan yang lebih bersasar. Daripada (melibatkan) seluruh negara seperti apa yang kita lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.

“Sekarang saya rasa strateg1 kita akan berubah – kita akan lebih (melihat keadaan) setempat dan disasarkan daripada segi pelaksanaan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: MalaysiaKini

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "KKM Dedah Realiti Sebenar Negara, Hospital Mungkin Tak Dapat Tampung Pesakit C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*