KKM Cadang ‘PKP Bersasar’ Dilaksanakan, Sistem Penjagaan Kesihatan Kini Di Tahap Genting

Susulan kes tertinggi C0vid-19 yang pernah direkodkan oleh negara hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ‘disasarkan’

Ianya bagi mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini.

Menurut sumber, Dr Noor Hisham berkata, sistem penjagaan kesihatan kini sedang berju4ng dengan pertambahan jumlah pesakit dan sedang berada pada tahap ‘hamp1r ten4t’ dan berada pada ‘tahap gent1ng’ (breaking point) sekarang.

“(Ini) kerana kes meningkat setiap hari. Kami mungkin tidak dapat menampung pesakit di kemudahan kami.

“Kami melihat bagaimana kami dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita. Tetapi yang terbaik adalah bukan hanya meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita… tetapi untuk mengurangkan beban,” katanya.

Image via KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (Facebook)

‘Pemutus litar’ (circuit breaker) diperlukan oleh negara ketika ini dan usul supaya kerajaan menerapkan versi ‘PKP bersasar’ adalah untuk menurunkan jumlah kes.

“Ini pendekatan yang lebih bersasar. Daripada (melibatkan) seluruh negara seperti apa yang kita lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.

“Sekarang saya rasa strateg1 kita akan berubah – kita akan lebih (melihat keadaan) setempat dan disasarkan daripada segi pelaksanaan.

“Perbincangan sedang berlangsung dan mungkin kita akan membuat beberapa keputusan secepat mungkin,” katanya.

Daripada pendekatan ‘satu ukuran sepadan untuk semua’ dengan pelaksanaan PKPD tahun lalu, Dr Noor Hisham menjelaskan strateg1 baru yang dicadangkan itu melibatkan peraturan yang berbeza untuk negeri yang berlainan.

Sekatan perjalanan boleh dikenakan di daerah dengan jumlah jangkitan dan kluster yang tinggi

Gambar sekadar hiasan.

“Kami sedang melihat keadaan di negeri hijau dan kuning untuk melihat bagaimana kami dapat melindungi mereka, dan mengawal kes daripada meningkat. Ini sangat penting.

“Bagi negeri zon merah, tindakan lebih drast1k akan diambil. Kita mungkin melaksanakan tindakan yang lebih disasarkan di negeri-negeri tersebut dengan melihat kluster-kluster di negeri itu.

“Kami juga akan memperketat kawalan sempadan dengan melarang orang melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah berdasarkan perkembangan tren (kes) terbaru,” ujarnya.

Begitupun, keputusan berkenaan tetap menjadi hak prerogatif kerajaan tetapi beliau tetap yakin kerajaan akan membuat keputusan yang tepat.

Matlamat strateg1 yang akan datang ini, jelasnya bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara keselamatan ny4wa dan jaminan mata pencarian hidup.

“Kita perlu menyusun strateg1 dan melihat perincian lanjut kluster, negeri, dan daerah yang disasarkan.

“Jadi, kami dapat menerapkan strateg1 kami, dengan tindakan yang wajar dan hasil yang baik,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Says

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "KKM Cadang ‘PKP Bersasar’ Dilaksanakan, Sistem Penjagaan Kesihatan Kini Di Tahap Genting"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*