Lufya Omar Dipuji Bawa Anak Jumpa Bekas Suami

Meskipun sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Lufya Omar dan bekas suaminya Dr Che Hafiz, bagaimanapun kedua mereka dikhabarkan sudah berbaik demi anak tunggal mereka, Laana Haura.

Malah, baru-baru ini Lufya dilihat ada berkongsikan video pendek memaparkan dia membawa Haura berjumpa dengan bapanya di sebuah pusat membeli-belah.

Menerusi entri itu, Lufya berkata anaknya sangat gembira apabila dapat berjumpa bapanya dan dia sanggup lakukan apa sahaja demi anak tunggalnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)


Diruangan komen, rata-rata netizen terharu dan memuji sikap profesional penyanyi itu sudah pun melupakan hal lama dan mengutamakan anak mereka meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.

Dalam pada itu, ramai yang teruja dan sebak apabila melihat reaksi Haura yang sangat gembira dan berharap anak kecil itu akan turus dapat merasai kasih sayang daripada ibu bapanya.

Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada tahun 2016, namun mahligai perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah Julai tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Instagram lufyalaana

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Lufya Omar Dipuji Bawa Anak Jumpa Bekas Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*