“Bukan biasa2 isteri dia..” – Permaisuri Cemar Duli Hadiri Akad Nikah Nafiz Muaz

Dengan sekali lafaz, pelakon Nafiz Muaz sah bergelar suami kepada pilihan hatinya yang bernama Diyana Omar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota semalam.

Meskipun sudah dua kali tertangguh, namun Nafiz atau nama sebenar Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir bersyukur akhirnya majlis yang diimpikan akhirnya berjalan dengan lancar.

Namun, siapa sangka suri hatinya itu merupakan ahli kerabat diraja Terengganu berikutan terdapat juga foto bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli.

Sembahan menjunjung kasih

Menerusi perkongsian di akaun Instagram @malaysia.royalfamily, difahamkan Diyana merupakan adinda bongsu kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Pasangan tersebut kelihatan sama cantik sama padan mengayakan busana serba putih dan dihiasi pelamin yang minimalis tetapi kelihatan begitu eksklusif.

Warganet di ruangan posting rata-rata meninggalkan komen memuji kemanisan dan kecantikan pengantin perempuan yang berusia 29 tahun itu.

Bukan biasa2 ni

Moga hingga syurga

Berbicara mengenai bulan madu, kedua-dua mereka masih belum merancang tentang perkara tersebut. Hal ini kerana pelakon berusia 22 tahun itu akan menjalani penggambaran sebuah drama pada Rabu ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Instagram malaysia.royalfamily

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bukan biasa2 isteri dia..” – Permaisuri Cemar Duli Hadiri Akad Nikah Nafiz Muaz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*