Kenapa Ayam Dijual Di Pasar Ada Yang Berwarna Kuning?

Kenapa Ayam Ada Yang Berwarna Kuning?

Ayam sememangnya pilihan yang paling popular di Malaysia kerana mempunyai pelbagai cara masakan dan rasanya bersesuaian dengan cita rasa orang ramai.

Tahukah anda bahawa ukiran-ukiran Babylon sekitar 600SM menampilkan ayam sebagai sumber makanan mereka?

Merupakan daging yang paling laris ketika zaman pertengahan, iaitu kira-kira dari abad ke-5 Masihi hingga abad ke-15 Masihi, daging ayam menjadi pilihan kerana mudah dihadam dan dianggap sebagai makanan yang paling neutral.

Memilih ayam segar menjadi keutamaan agar kelak kita tidak mengalami masalah kesihatan nanti.

Jika ke pasar raya ataupun di mana-mana tempat menjual dag1ng ayam, pasti anda pernah terjumpa ayam berwarna kuning.

Pernah tidak anda terfikir, kenapa ada ayam yang kelihatan berwarna kuning?

Memetik perkongsian Kedai Ayam Ladangku, jika ayam tersebut kelihatan berwarna kuning pelik dari biasa, kita sebolehnya perlu elak daripada memilih ayam tersebut.

Katanya, kulit ayam boleh berubah menjadi warna kekuningan apabila ia telah direndam didalam rendaman yang tinggi kandungan kl0rin dan ayam tersebut tidak lagi berada dalam keadaan segar.

Tujuan asal rendaman kl0rin diwujudkan ialah supaya ia dapat membvnuh bakter1a- bakter1a yang berb4haya seperti E-Coli, Salmonella dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan rendaman kl0rin sebagai satu cara supaya ayam tersebut dapat tahan lebih lama daripada biasa.

Justeru, kita perlu berhati-hati dengan peniaga begini.

“Ada ke cara lain supaya ayam tidak direndam kl0rin dan selamat untuk dimakan?”

Ya ada, caranya ialah melalui mengekalkan suhu ding1n optimum 10 darjah celcius supaya ayam sentiasa segar ketika pemprosesan dan ketika dijual.

Namun begitu, tidak semua ayam kuning itu melalui rendaman kl0rin. Misalnya, ayam pencen berwarna kuning mungkin melalui proses membuang bulu dengan teknik bak4r yang menyebabkan ia menjadi kuning.

Di Malaysia, ayam dag1ng yang berwarna kuning sangat jarang dijumpai melainkan ianya ayam 0rganik yang diberi makanan tertentu.

Berbeza pula bagi penduduk Mexico kerana menganggap bahawa ayam yang kulitnya berwarna kuning itu ialah ayam yang sihat dan segar dari ladang.

Oleh itu, jika kita berjalan di pasar Mexico, pasti kita akan lihat banyak ayam yang berwarna kuning dan mungkin mustahil untuk jumpa ayam seperti di Malaysia.

Ayam tersebut datang dari baka ‘Grey Jungle Fowl’ dan diberi makanan spesifik.

Manakala baka daging ayam di Malaysia datang dari baka ‘Arbor Acres’ – selalu nampak bulu berwarna putih itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Kedai Ayam Ladangku

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kenapa Ayam Dijual Di Pasar Ada Yang Berwarna Kuning?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*