Setiap Pasangan Tidak Sempurna, Leez Rosli ‘Tutup Mata’ Dengan Kekurangan Aepul Roza

Pasangan yang telah berkahwin akan lebih saling mengenali berbanding ketika zaman mereka bercinta.

Di fasa ini, persefahaman sangat penting supaya tidak mudah timbul rasa kurang senang dengan sikap dan tab1at pasangan yang tidak digemari.

Pada 27 Disember 2020, pelakon Leez Rosli telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-6 bersama suami, Aepul Roza yang juga vokalis kumpulan Drama Band.

Melalu perkongsian itu, Leez menulis pada ruangan kapsyen:-

“A husband and wife may disagree on many things, but they must absolutely on this ; to never, ever give up on each other and forgiveness of mistakes.. so i close my eyes to his flaws, to his imperfections.. because i know he did the same.. jangan mencari kesempurnaan dan mengharap yang keterlalu4n dalam berpasangan,dan sentiasa berusaha untuk menjadi yg lebih baik..Baby, kita xboleh bosan dgn each other.. sbb forever tu lama tau.. plz say what do you want from me,n kami pun akan buat benda yg sama.. ( jgn mntk kawin lg dah la, ku potong time tido nanti! ) demi Allah, i love you more than you’ll ever know.. Happy Annyversary My Husband.. 6 years married and more to come! @aepul.roza”

Menurut Leez, perbezaan pendapat adalah perkara biasa antara suami isteri, namun jangan berpvtus asa dengan pasangan serta memaafkan adalah tindakan yang penting untuk dilakukan.

Oleh itu, beliau ‘tutup mata’ dengan kekurangan suami yang mana Leez juga tahu bahawa Aepul turut melakukan hal yang sama.

Selain itu Leez mengingatkan, supaya jangan terlalu mencari kesempurnaan dalam berpasangan.

Mengambil kira perkataan ‘forever’  yang  bermaksud satu tempoh lama yang berpanjangan, cara berk0munikasi juga penting antara suami dan isteri.

Sementara itu, perkongsian ini telah dihujani dengan ucapan yang baik-baik di ruangan komen.

Semoga pasangan Leez Rosli dan Aepul Roza ini berbahagia selamanya.

Kami di PenMerah pun ingin mengucapkan happy anniversary!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Instagram LeezRosli

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Setiap Pasangan Tidak Sempurna, Leez Rosli ‘Tutup Mata’ Dengan Kekurangan Aepul Roza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*