Bakal Nikah Lepas Aidilfitri, Uqasha Senrose Serahkan Urusan Kahwin Pada Kamal Adli

Umum kini sudah mengetahui bahawa pelakon Kamal Adli sudah melamar Uqasha Senrose dan itu menunjukkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi

Menurut akhbar Kosmo, Kamal ada memaklumkan bahawa mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri tahun 2021 ini.

Namun tarikh tepat majlis pernikahan itu masih belum dided4hkan oleh Kamal kerana perkara itu masih lagi dibincangkan oleh keluarga kedua-dua pihak.

“Sebenarnya, saya tidak beran1 nak cakap lebih-lebih sebab keluarga masing-masing sedang uruskan hal ini.”

Kamal turut meminta supaya peminat dapat mendoakan semoga urusan mereka dalam mendirikan rumah tangga berjalan dengan sempurna.

Selaku pihak perempuan, Uqasha turut mengakui bahawa dia tidak mahu bercakap banyak mengenai persiapan majlis kerana mahu serahkan urusan itu kepada pihak Kamal sendiri.

Tambah Uqasha lagi, segala persiapan daripada segi tarikh dan sebagainya akan mereka uruskan sendiri tanpa memberitahu kepada umum untuk mengel4k daripada menjadi buah mvlut masyar4kat.

Apa pun, kita tunggu sahaja berita baik daripada pasangan ini dan semoga urusan mereka dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Instagram Kamal Adli dan Uqasha Senrose

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Bakal Nikah Lepas Aidilfitri, Uqasha Senrose Serahkan Urusan Kahwin Pada Kamal Adli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*