Myvi Bukti Gelaran King Of Highway, Mercedes Pun Tak Dapat Kejar

Sebut sahaja Perodua Myvi, pasti ramai kenal dengan model hatchback yang terkenal dengan jolokan Myvi. Malah, ada sahaja kisah menarik kita dengar mengenai Myvi.

Nampaknya, memang benar apa dikatakan ramai bahawa Myvi adalah hero jalan raya apabila ianya dibuktikan menerusi video tular ini.

Menerusi video dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, JinSeng Tan yang menaiki Mercedes C200 memaparkan sebuah Myvi putih berada di hadapan mereka.

Meskipun sudah menekan minyak, namun mereka masih ketinggalan dan tidak dapat mengejar Myvi yang sudah jauh di hadapan. Dalam entri tersebut, dia turut menyertakan kapsyen, “Supercar Nasional, tiada yang lain”.

Dalam video tersebut, turut kedengaran JinSeng yang duduk di sebelah pemandu berkata sudah lebih 162km/h, tapi tetap tak dapat kejar Myvi.

Malah, mereka sudah mencapai sehingga 172km/h, namun masih tidak dapat mendekati Myvi yang sudah jauh kehadapan.

Kesimpulannya, video tersebut sekaligus membuktikan bahawa Myvi sememangnya kereta yang paling ‘gan4s’ di jalan raya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

SUMBER: World of Buzz

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment on "Myvi Bukti Gelaran King Of Highway, Mercedes Pun Tak Dapat Kejar"

  1. Lepas ni harga myvi pasti naik sampai 172% haha

Leave a comment

Your email address will not be published.


*