Najib Razak Harap Dapat Jumpa ‘Pakcik’ Doakan Allahyarham Ibunda Di Luar Masjid

Pemergian ibunda kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Allahyarham Tun Hajah Rahah binti Tan Sri Dato’ Haji Mohamed Noah  juga merupakan isteri kepada Perdana Menteri kedua negara iaitu Tun Abdul Razak Hussein. Beliau telah meningg4l dunia pada hari Jumaat 18 Disember 2020 di  Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham selamat dikebum1kan di Makam Pahlawan bersebelahan dengan Masjid Negara petang semalam.

Tadah tangan bacakan doa

Namun begitu, disebalik kehadiran kerabat-kerabat Diraja dan juga insan-insan kenamaan negara, satu foto seorang lelaki warga emas menadah tangan memdoakan kesejahteraan Allahyarham di luar Masjid Negara telah tular di media sosial.

Ambil ikhtibar dari gambar

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook dikenali oleh Mahadi Mahbol ini telah mendapat perhatian ramai orang.

Dia juga memaklumkan lelaki warga emas itu berdiri di luar pagar Makam Pahlawan sambil membaca beberapa doa serta meminta agar keluarga Allahyarham diberi keselamatan dan kesejahteraan.

Dikatakan pernah bekerja dengan Tun

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ada pengguna Facebook telah meninggalkan komen di posting itu dengan mendakwa bahawa pakcik itu merupakan bekas tukang kebun Allahyarham.

Dia juga memaklumkan warga emas terbabit pernah dibantu oleh Tun Rahah dalam membiayai kos perubatannya suatu ketika dahulu.

Ada masa, Najib nak jumpa

Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib telah memuat naik satu kenyataan di akaun Facebooknya menyatakan jika  berkesempatan beliau ingin berjumpa dengan warga emas terbabit suatu hari nanti.

Beliau akui tidak mengenali lelaki itu namun mengucapkan ribuan terima kasih kerana sama-sama mendoakan allahyarham ibundanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Mahadi MahbolNajib Razak

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Najib Razak Harap Dapat Jumpa ‘Pakcik’ Doakan Allahyarham Ibunda Di Luar Masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*