Masih Berstatus Agama Islam, Wanita Kahwini Pemain Hoki India Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini seorang wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique mencetvskan kontr0versi apabila status agamanya dipersoalkan selepas dia berkahwin dengan seorang pemain hoki  India, Manpreet Singh Pawar.

Walau bagaimanapun, selepas menerima pelbagai krit1kan akibat dari upacara perkahwinan yang did4kwa bercangg4h dengan agama Islam, wanita tersebut tampil mohon maaf.

Masih agama Islam

Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Asmak Husin memaklumkan wanita Malaysia yang berkahwin dengan kapten hoki India masih lagi beragama Islam.

Alhamdulillah saya sudah dapat maklum balas Illi Najwa, sebenarnya Islam dan telah bernikah sebelum ke India untuk resepsi. Semoga ALLAH menjaga Illi Najwa, keluarganya dan keluarga kita juga. Oleh itu, bagi yang tersalah bicara dan turut mengecam pihak berkuasa dan kerajaan, mari bermaafan.

Wanita itu didapati bernikah dengan lelaki tersebut di Malaysia sebelum pergi ke India untuk mengadakan majlis resepsi di sana. Susulan isu yang timbul, Illi Najwa Anuar Hussin Saddique tampil memohon maaf susulan majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India tersebut. Malah, Illi Najwa turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang diheret sama dalam isu itu.

Najwa mohon maaf

Illi Najwa turut akui apa yang berlaku atas salah dan kejah1lan dia dan suami. Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya sudah memeluk Islam sejak akhir tahun lalu dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam majlis tertutup.

Wanita tersebut turut memaklumkan bahawa sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan dan beliau tidak pernah pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa sesetengah pihak terutamanya warganet.

Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya.

Terdahulu, Illi Najwa memakai pakaian pengantin wanita Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan. Dalam majlis itu, Illi Najwa dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetvskan pelbagai persoalan hingga status agamanya.

Mengulas mengenai video itu, Illi Najwa berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka. Namun, katanya, rakaman yang didedahkan oleh media itu di luar kawalan.

Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber : Harian MetroSinar Harian

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Masih Berstatus Agama Islam, Wanita Kahwini Pemain Hoki India Tampil Mohon Maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*