Buang Mekap Pun Tetap Lawa, Anak Norman Dan Abby Dipuji Cantik Semula Jadi

Marissa Dania Hakim atau lebih mesra digelar Marissa, merupakan anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dengan bekas isterinya, Abby Abadi.

Seorang yang bertudung litup, berperwatakan yang sopan, lemah lembut serta mempunyai wajah ayu membuatkan ramai warganet tertarik untuk mengikuti perkembangannya di Instagram.

Remaja berusia 15 tahun itu mempunyai hampir 400,000 pengikut di laman sosial Instagram miliknya dengan berkongsi gambar Outfit Of The Day (OOTD) dan tips berkenaan penjagaan kulit muka.

Tidak dinafikan lagi, pelbagai komen warganet di setiap posting Marissa memuji kecantikan serta kulit wajahnya yang dilihat begitu licin dan bersih tanpa sebarang cela walaupun dia tidak mengenakan solekan.

Cantiknya Marissa

Bestnya ada kulit sihat tak mekap pun cantik

Cantiknya kulit

Terdahulu, Abby atau Arbaiyah Abd Manan dan Norman melangsungkan perkahwinan pada 8 Januari 2002, namun bercerai pada 2008.

Selain Marissa, mereka turut dikurniakan dua cahaya mata bernama Mohammed Danish Hakim, 17 dan Maria Danisha Hakim, 12.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Instagram Marissa Dania

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Buang Mekap Pun Tetap Lawa, Anak Norman Dan Abby Dipuji Cantik Semula Jadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*