Polis Lancar Ops Khas Buru Nombor Plat ‘Fancy’, Bermula Dari Anggota Sendiri

Bermula hari ini, pihak polis akan memburu pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ia akan dimulakan dalam pengawai dan anggotanya diikuti dengan orang awam.

Kata Datuk Ayob lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan pegawai, anggota polis serta agensi penguatkuasa lain.

“Kita akan mulakan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor dulu. Kita bercakap soal masyarakat tetapi ada antara pegawai dan anggota polis yang tidak ikut peraturan.

“Sejak Januari hingga hari ini, sebanyak 9,985 saman dikeluarkan terhadap kesal4han menggunakan nombor kenderaan fancy.

“Antara alasan diberikan, mahukan keunikan, stail dan lain daripada lain yang dilakukan tidak kira siapa termasuk mat remp1t serta ahli perniagaan yang mahu tunjuk status mereka menerusi nombor pendaftaran kenderaan fancy ini,” katanya.

Menurutnya, polis akan menjalankan Ops Khas bagi kesalahan lampu isyarat dan nombor pendaftaran kenderaan fancy sehingga 31 Disember ini.

Ujarnya, ia termasuk mengubah plet kenderaan kerana mahukan kelainan dari segi huruf dan nombor dengan cara merapat atau menjarakkannya. Tindakan tersebut menyebabkan nombor plat sukar dibaca dan mengelirukan.

“Kesannya, apabila penguatkuasa laju, kes langgar lari dan pembabitan dalam kes jen4yah yang memerlukan pengec4man plat kenderaan (tetapi tidak dapat dilakukan), individu ini terlepas daripada tindakan undang-undang,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

SUMBER: BH Online

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Polis Lancar Ops Khas Buru Nombor Plat ‘Fancy’, Bermula Dari Anggota Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*