Dafi Sambut Ulangtahun Kelahiran Ke-32, Ismail Sabri ‘Join’ Nyanyi Lagu Hari Jadi

Semalam, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-5, Gadaffi Ismail Sabri atau dikenali sebagai Dafi telah menyambut ulangtahun kelahirannya ke-32.

Umum mengetahui Dafi yang juga seorang penyanyi dan pengacara, merupakan anak kepada Menteri Pertahanan iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Berkongsi tentang suasana sambutan hari lahirnya, penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu memuat naik gambar dan video sambutan hari lahirnya itu di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri)


Menerusi video beberapa saat tersebut, dia dilihat menyambut ulangt ahun kelahirannya secara sederhana bersama ahli keluarga.

Selain itu, dalam postingvideo yang lain, Dafi turut memberi ucapan menyatakan rasa syukur dan juga terh4ru dengan semua ucapan dan doa yang diterima.

 

“Thank you so much for all the birthday wishes, sekejap je kan, tetiba dah 32 dah umur. Thank you so much for all of the birthday wishes, sekejap je kan, tetiba dah 32 dah umur.

“I guess it’s just a part of life and everyone is getting older, and i’m fine with that and very thankful sebab masih diberikan ruang untuk hidup dan bernafas kat dunia ni.

“Terima kasih untuk doa doa yang baik korang berikan kepada saya, saya doakan benda-benda baik yang korang doakan dekat saya tu terjadi balik dekat korang,” katanya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan artis membanjirinya dengan doa yang baik-baik serta ucapan selamat hari jadi untuk Dafi.

Moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki

Seb4k pula tengok video ni

Cepatnya masa berlalu

Terdahulu pada awal kemunculannya, Dafi ‘digilai’ ramai gadis disebabkan mempunyai wajah comel termasuk senyuman lesung pipit yang ‘mahal’.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Instagram Dafi Ismail Sabri

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment on "Dafi Sambut Ulangtahun Kelahiran Ke-32, Ismail Sabri ‘Join’ Nyanyi Lagu Hari Jadi"

  1. Happy Birthday Dafi…Smuga d permudahkan segala urusan hidup dunia & akhirat oleh Allah Taala…🤲🤲Aamiinn3x…

Leave a comment

Your email address will not be published.


*