Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon dan penyanyi Harris Alif memuat naik gambar memegang cincin di hadapan seorang wanita. Timbul spekulas1 pelakon itu melamar kekasihnya Intan Ladyana.
Bagaimanapun, foto tersebut hanya gim1k semata-mata untuk lagu terbarunya berjudul Anugerah. Meskipun hanya gimik, namun Haris berkata lagu itu juga ditujukan buat kekasihnya.
View this post on Instagram
“Bagi saya biasalah kalau penyanyi nak berkongsi gambar babak-babak dalam muzik video lagu mereka. Bila kita nak keluarkan satu-satu lagu atau projek baru, kita kena bagi sesuatu yang buat orang tertunggu-tunggu.
“Jadi saya boleh katakan ia sebagai gim1k juga. Single ini juga saya tujukan buat Intan kerana ia merupakan lagu romantis yang boleh dikaitkan dengan kisah cinta sesiapa jua,” katanya.
Mengulas mengenai hubungan cintanya dengan Intan, Harris berkata mereka dalam perancangan untuk ke fasa seterusnya. Ujarnya, mereka mahu terus melangsungkan pernikahan tanpa majlis pertunangan.
“Memang dari awal perkenalan dengan Intan, kami ada berbual mengenai masa depan dan ikatan perkahwinan. Kami mungkin akan terus melangsungkan majlis pernikahan tanpa bertunang.
“InsyaAllah, saya akan beritahu kepada pihak media bila tiba masanya nanti. Kita tunggu sahaja majlisnya nanti, buat masa sekarang saya memang tak boleh komen mengenai hal itu,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH
Sumber: mstar
PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment on "“Tak Nak Tunang, Kami Mahu Terus Nikah”"