Pembeli Borong Semua Baju Ribuan Ringgit, Peniaga ‘Bundle’ Menangis Ketika FB Live

Sewaktu negara dikejvtkan dengan pandem1k C0vid-19 yang meragut ribuan nyawa pada tahun 2020 ini, ramai yang hilang punca pendapatan apabila diberhentikan kerja akibat kerugian yang dialami sesebuah syarikat.

Ramai yang beralih ke arah bidang perniagaan, terutamanya jualan secara maya untuk mencari rezeki bagi terus melangsungkan kehidupan untuk diri sendiri dan keluarga.

Cari rezeki jual ‘bundle’

Salah satu perniagaan yang semakin berkembang adalah jualan ‘bundle’ atau nama lainnya, jualan pakaian terpakai

Walaupun dilabelkan sebagai pakaian terpakai, ia semakin mendapat tempat di hati pembeli kerana bukan sahaja harganya mampu milik, malah masih lagi berkualiti untuk dipakai.

Situasi seperti itu boleh dikaitkan dengan seorang peniaga ‘bundle’, Niyyar Bakri yang juga merupakan seorang anak tunggal dan yatim piatu.

Untuk mencari rezeki, Niyyar sering mempromosikan jualan pakaian bundlenya secara siaran langsung di Facebook dimana setiap hari dia bersemangat berinteraksi di hadapan kamera bagi mencur1 tumpuan pelanggan.

Pada satu Subuh yang hening dalam salah satu siaran langsung, dia telah mengalirkan air mata di hadapan ratusan warganet yang menonton sesi penjualan tersebut.

Eh kenapa menangis?

Niyyar mengalirkan air mata kerana seorang pembeli yang baik hati telah membeli pakaian dengan harga RM3000. Itulah kali pertama seseorang membeli barang jualannya dengan harga yang sangat tinggi.

Dia sendiri tidak menyangka akan tindakan pembeli tersebut sehingga dia menangis atas rasa syukur dengan rezeki yang diperolehnya pada hari itu.

Apa yang lebih mengusik jiwa, Niyyar memberitahu bahawa hasil jualan yang diperoleh itu bukanlah digunakan untuk berbelanja buat dirinya sendiri sebaliknya dijadikan modal untuk dia pulang ke kampung di Indonesia bagi menziarahi pusara kedua ibu bapanya.

Sebak sungguh tatkala mengetahui kisah dan kejujurannya itu. Korang boleh baca posting seorang pengguna Facebook, Azarinah Binti Awang yang menjelaskan tentang kisah Niyyar selanjutnya di bawah:

“Rezeki tidak pernah salah alamat, selagi Allah berkehendak selagi itu rezekimu tidak akan berhenti mencurah-curah,” tulis Azarinah dalam postingnya.

Kecaman atau segala tohmahan adalah asam garam dalam dunia perniagaan. Sudah tentu ada sahaja yang memberi tanggapan negatif terhadap peniaga bundle seperti Niyyar. Namun begitu, dia menepis segala tanggapan negatif netizen dan tetap berusaha menjalankan perniagaannya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Facebook Azarinah binti Awang

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pembeli Borong Semua Baju Ribuan Ringgit, Peniaga ‘Bundle’ Menangis Ketika FB Live"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*