Berkat Susah Senang Bersama Isteri, Lelaki Syukur Dari Proton Wira Kini Guna Mercedes

Setiap pasangan pasti memiliki pengalaman pahit manis dalam menjalani rumah tangga yang dikongsi bersama pasangan masing-masing.

Begitulah seperti yang dikongsi oleh suami kepada seorang selebriti media sosial Adira Salahudi iaitu Ammar Azizan dalam sebuah posting di laman Twitter miliknya.

Menceritakan tentang kisah sewaktu dari sebelum perkahwinan mereka berdua sehingga sekarang, Ammar telah memuat naik gambar ‘posing’ di hadapan kereta lama dan kereta baru mereka.

“Dari bercinta tahun 2013 pakai wira turbo. Alhamdulillah lepas kahwin dapat rezeki tukar kereta dapat anak hagemaru. Bersyukur sangat,” tulis Ammar.

Difahamkan, sejak bercinta dahulu pasangan ini menggunakan kereta model Proton Wira. Selepas berkahwin, berkat daripada penat lelah mereka menguruskan perniagaan, Allah murahkan rezeki mereka menimang anak dan juga kereta baru.

Hasil perkahwinan dengan Adira, yang pernah digelar Song Ji Hyo Malaysia gara-gara wajahnya mirip dengan aktres terkenal dari Korea, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Adam Arsel Dimar.

Justeru, rata-rata netizen memberi ucapan positif dan memuji kecomelan ‘Hagemaru’, nama usikan anaknya Arsel selain tumpang gembira dengan perjalanan hidup mereka.

Alhamdulillah comel hagemaru ni

Rezeki lepas kahwin tu ada

Susah nak cari wife susah senang bersama!

Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kerja keras dalam mencari rezeki, kini mereka berjaya mencapai apa yang diimpikan. Tahniah buat pasangan ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Twitter Ammar Azizan

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Berkat Susah Senang Bersama Isteri, Lelaki Syukur Dari Proton Wira Kini Guna Mercedes"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*