Mizz Nina Lancar Aplikasi Islamik, Layak Jadi Pengganti Muslim Pro!

Shazrina Azman atau lebih dikenali dengan nama  Mizz Nina pernah menggemp4rkan dunia hiburan apabila mengambil keputusan untuk berhijrah ketika nama sedang meningkat naik.

Sehingga kini, dia masih aktif dalam kegiatan dakwah dan terkenal sebagai aktivis muslimah melalui rancangan berkaitan gaya hidup Islam terbitan beliau sendiri.

Baru-baru ini, wanita berusia 40 tahun itu telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang diberi nama Qalby App.

Aplikasi tersebut tersedia di Google Playstore dan Apple Store sejak bulan lalu dalam peringkat beta-testing dan telah dilancarkan secara rasmi pada awal bulan ini.


Menerusi salah satu posting terdahulu di akaun Instagram miliknya, tujuan utama aplikasi tersebut diwujudkan ialah untuk berkongsi mengenai pengetahuan dan keindahan Islam melalui platform media dan teknologi.

Menurutnya lagi, Qalby App diinspirasikan sewaktu dirinya menghadiri kelas tafsir Ta’leem al-Quran di Alhudaonline pada penghujung tahun 2018. Waktu itu Mizz Nina berfikir:

“Adakah hati kita benar-benar suci? Bagaimana pula dengan iman saya? Allah tidak menghakimi penampilan kita tetapi hati dan perbuatan kita.
“Jadi begitulah lahirnya nama ‘Qalby’ tersebut yang bermaksud ‘hati saya’ dalam bahasa Arab,” kongsinya.

Qalby App menyediakan ciri-ciri seperti e-Journal, waktu solat, bacaan al-Quran, arah kiblat, koleksi doa, video ilmiah dan banyak lagi.

Sejak Qalby App tersedia di Google Playstore, aplikasi itu telah dimuat turun sebanyak 10,000 kali dan ramai pengguna berkongsi kegembiraan dan kata-kata positif antaranya:

Alhamdulillah! Moga kita semua dapat manfaat

Semoga pahala Mizz Nina mencurah2

Suka dengan feature ‘Ilm Finder’ & video dalam Qalby TV…

Bagi sesiapa yang ingin memuat turun Qalby App, korang boleh cari sahaja ‘Qalby App’ di Google Playstore atau Apple Store.

Semoga niat dan usaha baik Mizz Nina ini dipermudahkan oleh Allah dan diberi ganjaran pahala yang banyak sebagai saham di akh1rat kel4k.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Facebook Qalby Komuniti, Instagram Mizz Nina

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Mizz Nina Lancar Aplikasi Islamik, Layak Jadi Pengganti Muslim Pro!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*