Selepas 12 Hari Dirawat, Alif Satar Disahkan Bebas Dari Covid-19

Umum mengetahui dugaan yang melanda pelakon, penyanyi dan pengacara hebat iaitu Alif Satar yang disahkan positif C0vid-19 dua minggu lalu.

Terbaru, Alif yang menerima rawatan di Hospital Melaka, kini disahkan bebas v1rus tersebut dan sudah discaj pada 2 Disember lalu.

Syukur alhamdullilah

Menurut laporan Astro Gempak, Alif yang sudah menjalani tempoh kuarantin selama 12 hari, kini sudah boleh pulang dan bersyukur dengan segala doa daripada peminat dan orang ramai.

“Alhamdulliah syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikuarnikanNya.”
“Sukacita saya ingin berkongsi, selepas 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka serta atas berkat doa seluruh rakyat Malaysia buat saya sekeluarga, saya kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Artis serba boleh yang dikurniakan tiga cahaya mata itu sempat berjumpa ibu bapanya sebelum pulang menemui isteri tercinta.

Difahamkan, isterinya dan anak-anak disahkan negatif C0vid-19 setelah menjalani ujian swab test. Alif kini mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama keluarga yang dirindui selama tempoh kuarantin itu.

Pesakit Covid-19 bukan penjen4yah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Dia juga sempat berpesan kepada rakyat Malaysia agar menghentikan pandangan negatif terhadap pesakit C0vid-19. Hal ini kerana pesakit bukanlah seorang penjenayah yang harus dipul4ukan atau dibenc1.

“Maka, hentikanlah stigma negatif, memul4u, mengasingkan dan memandang seorang mereka yang terkes4n dengan wab4k ini. Tiada siapa minta untuk dijangkiti,” ujarnya.

Terima kasih ‘frontliner’

Selain itu, dia turut menzahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan yang menjaga dirinya sepanjang tempoh kuarantin itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Astro Gempak (Syafiqah Jalal) , Alif Satar

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selepas 12 Hari Dirawat, Alif Satar Disahkan Bebas Dari Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*