Erra Fazira Beri Hadiah Kepada Awie Tetapi Ini Kata-Kata Dari Netizen Pula

Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira mempunyai peminat tersendiri sejak zaman lakonannya menerusi filem Sembilu sehingga ke hari ini.

Gandingan dia dan penyanyi rock terkenal tanahair, Datuk Awie dalam filem tersebut masih diingati ramai dan jelas menunjukkan keserasian mereka berdua membuahkan hasil.

“Happy belated birthday kekanda”

Terbaru, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek memuat naik sebuah posting di Instagram mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada penyanyi kumpulan Wings itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Alhamdulillah segala onak duri berjaya ditempvh hingga menjadikan kekanda Datuk @awieofficial satu nama besar di persada seni tanahair.. Alhamdulillah,” tulisnya.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu juga sempat mengucapkan tahniah kepada Awie dan isteri Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

“Tahniah buat datuk dan datin yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.. semoga seisi keluarga sentiasa dalam rahmat Allah” katanya lagi.

Postingnya tersebut dipenuhi pelbagai reaksi warganet yang gembira melihat persahabatan terjal1n antara mereka berdua sekali gus meng1mbau kembali kenangan sewaktu tayangan filem Sembilu.

Moga persahabatan kekal

Legenda Sembilu ni

Selamat hari jadi Awie!

Untuk makluman, mereka pernah dikaitkan dalam hubungan cinta yang berlaku lebih dua dek4d lalu sebelum pvtus di tengah jalan namun masih profesional dan berkawan seperti biasa.

Sumber: Erra Fazira

Be the first to comment on "Erra Fazira Beri Hadiah Kepada Awie Tetapi Ini Kata-Kata Dari Netizen Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*