Siti Elizad Sedih Disangka Sudah Cecah Usia 40 Tahun

Niat dihati ingin memuji namun secara tidak sengaja seorang peminat membuatkan Siti Elizad berasa sedih gara-gara tersalah teka usia aktres tersebut.

Menerusi perkongsian Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, individu berkenaan menyangka penyampai radio Sinar FM itu berusia lingkungan 40-an.

“Lawa Elizad nampak seperti kakak walaupun dah 40 series. Untung suami,” tulis individu tersebut menerusi kiriman mesej di laman Instagram milik Elizad.

Siti Elizad berkongsi mesej peminat yang memujinya namun salah teka usia.

Biarpun tidak mengambil mesej itu secara serius, namun pelakon berusia 36 tahun ini mengakui dia berasa sedih.

Kata Elizad, disebabkan itu juga dia bertanya pelbagai soalan kepada suami iaitu Shamsul Baharin Abdul Rahman berkaitan penampilannya.

“Murung saya pagi ini bila baca DM tu, penat saya pakai macam-macam, tiba-tiba bila baca macam tu terasa diri ni dah tua pula.

Dia ada DM minta maaf, sebenarnya saya tak marah pun cuma saja rasa nak berkongsi.

SITI ELIZAD

PELAKON

“Saya terus tanya suami, saya ni nampak tua ke… suami berhasrat nak cari yang lebih muda ke. Tak fasal-fasal suami saya pula yang kena soal.

“Suami saya tak tahu cerita sebab dia tak ada Instagram. Jadi, dia pun pel1k bila saya asyik tanya yang bukan-bukan pagi semalam,” kata Elizad.

Dalam pada itu, pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga ini memberitahu dia tidak menyimpan perasaan mar4h dan individu tersebut juga sudah memohon maaf kepadanya.

Suami jadi mangsa Siti Elizad tanya soalan.

“Dia ada DM minta maaf, sebenarnya saya tak mar4h pun cuma saja rasa nak berkongsi. Ikutkan dia nak kata saya nampak cantik dan muda tetapi dia tak pasti umur saya berapa sebenarnya.

“Biasa la kadang-kadang soal umur ini jadi sensitif sikit sebab tak nak rasa diri dah tua. Jabatan netizen ni biasa la, ada saja yang akan menghiburkan kita walaupun kadang-kadang itu sakit hati juga,” ujarnya.

Elizad turut mended4hkan dia ada menerima banyak DM terutamanya daripada peminat yang kelakar sehingga membuatkan dirinya terhibur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Siti Elizad Sedih Disangka Sudah Cecah Usia 40 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*