“Saya Tak Pandai Politik, Lebih Minat Kerja Dakwah Dan Kebajikan” – Ebit Lew

Nama pendakwah popular, Ebit Lew pastinya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia dimana sentiasa tampil membantu insan yang tidak berkemampuan sepanjang pandem1k C0vid-19 di negara ini.

Disebabkan perkara itu, terdapat segelintir pengguna media sosial mewujudkan tanda pagar #EbitLewForPM atas usaha murninya yang tidak jemu menghulurkan bantuan.

Tidak minat politik

Memetik laporan sumber Kosmo! Online, bagaimanapun pendakwah berusia 35 tahun itu tidak berminat untuk mencebur1 dalam bidang politik.

Menurut Ebit, beliau menyatakan bahawa politik bukanlah bidang yang sesuai untuk dirinya kerana tidak memahami sel0k-bel0k mengenai bidang tersebut.

“Sekarang, saya lebih berminat dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Insya-Allah saya akan terus begini dan niat saya sampai bila-bila pun begini,” katanya.

Berdoa agar dimurahkan rezeki

Selain itu, beliau turut memohon agar sentiasa dimurahkan rezeki agar sentiasa dapat membantu orang ramai sehingga tiada siapa yang akan terc1cir.

Walaupun kadang-kala terlepas pandang sehingga menerima kecam4n, Ebit tidak berkecil hati sebaliknya terus berusaha untuk turun padang yang sering dinantikan oleh masyarakat.

“Saya sedar ramai terdesak dan sangat memerlukan ketika pandemik ini. Mereka kecew4 dan tak tahu apa nak buat. Sama-sama kita bantu semampu boleh,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Kosmo! Online ( Mohd Haikal Isa)

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Tak Pandai Politik, Lebih Minat Kerja Dakwah Dan Kebajikan” – Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*