Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online Bermula Disember 2020

Antara perkara yang dibincangkan pasca pembent4ngan Bajet 2021 adalah pengeluaran KWSP daripada akaun 1. Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa pengeluaran i-Sinar telah diperluaskan kepada semua ahli KWSP yang melibatkan lebih 8 juta ahli.

Kerajaan telah mengumumkan medium pengeluaran akaun 1 kwsp adalah melalui sistem online yang dipanggil i-Sinar. Jadi, buat anda yang layak dalam syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi memohon pengeluaran i-Sinar, permohonan i- sinar boleh dilakukan secara online dengan melayari pautan ini https://isinar.kwsp.gov.my/

LANGKAH-LANGKAH MEMOHON I-SINAR KWSP SECARA ONLINE

Kerajaan dah umumkan boleh keluarkan akaun 1 KWSP anda. Ni step by step macam mana cara nak mohon. Yang tiada i-Akaun pun boleh buat melalui online sahaja.

PENCARUM TANPA I-AKAUN

Berikut adalah cara buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun:

1. Pergi ke portal i-Sinar KWSP (akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat).

2. Sila klik PERMOHONAN BAHARU.

3. Isikan nombor MyKad.

4. Umur mesti bawah 55 tahun semasa permohonan.

5. Isikan Nombor Telefon Bimbit, Email, Alamat Rumah, Poskod, Bandar dan Negeri.

6. Pilih Amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000 mengikut syarat).

7. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank yang anda gunakan.

8. Pilihan Bank. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa).

9. Pastikan nombor akaun bank tersebut aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah.

10. Muat turun Dokumen Bukti Pendapat Terjejas.

11. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.

12. Klik HANTAR.

PENCARUM YANG MEMPUNYAI I-AKAUN

Berikut adalah cara buat permohonan pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun:

1. Pergi ke website tersebut dan log masuk i-Akaun: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Klik PENGELUARAN.

3. Klik PERMOHONAN BAHARU.

4. Pilih i-SINAR.

5. Baca syarat & terma. Kemudian klik OK.

6. Klik SETERUSNYA.

7. Pilih amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000 mengikut syarat).

8. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank yang anda gunakan.

9. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa).

10. Pastikan akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masal4h.

11. Sila buat semakan Butiran Maklumat.

12. Muat turun Dokumen Bukt1 Sokongan Pendapatan Terjej4s.

13. Sila sahkan bahagian Pengesahan Permohonan.

14. Klik SETUJU. Klik permohonan TAC kemudian masukkan nombor TAC yang anda terima melalui SMS.

15. Klik HANTAR.

*Semoga bermanfaat!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: siraplimau

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online Bermula Disember 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*