Pertama Kali Tinggal Anak2, Sheikh Muszaphar Dan Isteri Rasa Seperti Bulan Madu

Umum sedia maklum bahawa angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 48 dan isterinya Datin Dr Harlina Mohd Yunos baru sahaja menimang cahaya mata kembar.

Sebelum ini mereka sudahpun memiliki 4 orang zur1at dengan dua orang daripadanya juga pasangan kembar. Dr Halina selamat bersal1n secara pembed4han dua orang bayi perempuan yang berjarak hanya satu minit kelah1ran.


Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Dr Harlina selepas seminggu melahirkan anak kelima dan keenam mereka, beliau memaklumkan bahawa sepanjang berada di hospital, suaminya setia menantinya di dalam wad setiap malam tanpa kehadiran anak-anak.

Suami sentiasa bersama di hospital

Tambah Dr Harlina lagi, situasi tersebut adalah kali pertama bagi mereka sepanjang 10 tahun berkahwin kerana mereka sentiasa akan membawa salah seorang anak jika menginap dimana-mana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina)

Tak pernah tinggal anak sepanjang 10 tahun berkahwin

Situasi tersebut seakan bulan madu buat mereka kerana Dr Sheikh Muszaphar sentiasa bersamanya dan tidur di sofa wad untuk menemani sepanjang berada di hospital.
“Rasanya seperti ‘bulan madu’ bagi kami kecuali ketika saya berada di katil hospital dengan luka caeser (dan menyusui 3 jam). Suami saya tidur di atas katil sofa.”

“Sejak kami berkahwin lebih dari 10 tahun yang lalu, kami tidak pernah meninggalkan anak-anak kami. Kami selalu memastikan salah satu dari kami tinggal bersama mereka ketika yang lain harus berada jauh dari rumah.” Tulisnya.

Rasa macam pengantin baru!

Menurut Dr Harlina lagi, mereka menitipkan anak-anak di rumah bersama datuk dan nenek  mereka sebelum bergegas ke hospital untuk bersal1n.

Jadi, sepanjang berasa di hospital mereka seperti pasangan pengantin baru yang pulang ke rumah membawa adik-adik kepada 4 orang anak mereka.

Superb mommy!

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh Dr Harlina, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diatas cerita ringkas pasangan sweet ini.

Mereka juga sangat mengagumi Dr Harlina sebagai ibu dalam menguruskan keluarga dan 6 orang anak yang masih kecil.

Sentiasa kagum bila baca story Dr

6 anak kena masuk gear 6 jugak uruskan mereka

Semoga terus berbahagia Dr

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Dr Harlina

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pertama Kali Tinggal Anak2, Sheikh Muszaphar Dan Isteri Rasa Seperti Bulan Madu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*