Video Pendek Sedih Ini Kongsikan Cara Tinggalkan Gadis Masa Pertama Kali Dating

Di zaman teknologi semakin maju dan semuanya hanya di hujung jari pasti tiada masalah untuk anak muda dan mereka yang masih bujang untuk mencari jodoh lebih-lebih lagi sudah banyak aplikasi dating.

Boleh dikatakan aplikasi online dating kini menjadi pilihan ramai anak muda untuk berkenalan antara satu sama lain serta dalam masa sama mencari pasangan hidup.

Namun, ada kebaikan dan keburvkan aplikasi dating ini kerana boleh boleh percaya bul4t-bul4t dan berhati-hati ketika berkenalan dengan seseorang.

Seperti yang berlaku pada seorang gadis ini yang ditinggalkan sendirian oleh lelaki yang dikenalinya di dalam satu aplikasi dating ketika pertama kali keluar dating.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, gadis itu memberitahu hari itu adalah pertama kali dia keluar bersama dengan seorang lelaki yang dikenalinya di aplikasi dating.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba lelaki tersebut memberi alasan untuk pergi sebentar ke kedai mencuci kereta dan meninggalkan gadis berkenaan.

Lebih menyedihkan, gadis itu memberitahu sudah hamp1r setengah jam menunggu namun lelaki berkenaan tidak kunjung tiba. Dia kemudian membuat panggilan telefon dan menghantar mesej namun tidak dibalas.

Berikutan itu, gadis itu mula r1sau memikirkan cara untuk pulang kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak di tangan. Namun, nasibnya baik apabila seorang kenalan datang mengambilnya di lokasi yang ditinggalkan.

Diruangan komen, rata-rata netizen bers1mpati dengan nasib gadis itu dan menasihatinya tidak sewen4ng-wen4ngnya keluar berseorang dengan individu yang baru dikenali.

Dalam pada itu, netizen turut meminta jika mahu berjumpa dengan lelaki yang baru dikenali adalah lebih baik jika jumpa di tempat awam dan jangan sesekali minta untuk jemput di rumah.

Apa pun diharap kisah gadis ini dapat dijadikan iktibar buat mereka diluar sana agar lebih berhati-hati sebelum keluar dengan individu tidak dikenali. Pastikan utamakan keselamatan diri supaya tidak berlaku perkara tidak diingini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

SUMBER: TikTok

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Video Pendek Sedih Ini Kongsikan Cara Tinggalkan Gadis Masa Pertama Kali Dating"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*