Syamsul Yusof Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Isteri

Sebelum ini hang4t diperkatakan mengenai kemelvt rumah tangganya, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya, pelakon Puteri Sarah Liyana.

Tidak pernah cuba menyembunyikan perkara itu sebelum ini, Syamsul berkata tiada apa yang hendak dis0rokkan.

“Bila dah tanya macam ini, saya jawablah memang kami sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Bagi saya, tak ada apa yang nak disorokkan pun.

“Saya pun sekarang beritahu apa yang saya rasa nak beritahu, asalkan pada saya ia tak ada masalah untuk dikongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai permasalahan rumah tangganya, Syamsul berkata dia serta isterinya, masih dalam proses memperbaiki hubungan mereka dan tidak mahu bercera1. Ujarnya, mereka juga perlu memikirkan tentang anak-anak.

“Sekarang ini, saya dan Sarah masih lagi dalam proses cuba memperbaiki hubungan kami. Pada ketika ini,  kami berdua perlukan masa.

“Lagipun, tak ada orang dalam dunia ini yang mahu bercera1. Termasuklah saya dan Sarah, tak mahu bercera1. Tapi, kami perlukan masa sebab kena fikirkan anak-anak juga.

“Siapa yang tak sayang keluarga. Saya sangat sayangkan keluarga saya, anak- anak dan sudah tentulah isteri saya. Ya, saya sayang mereka,” katanya.

Terdahulu hangat diperkatakan Puteri Sarah did4kwa muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pertengahan bulan lalu.

Puteri Sarah dilihat hadir bersama seorang wanita yang did4kwa ibu mentuanya masuk ke bahagian und4ng-und4ng keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Syamsul Yusof Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*