Jumlah Tertinggi Sejak PKP…1,884 Kes Direkodkan, Selangor Sahaja 1,203 Jangkitan

Perkembangan terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,884 kes baharu sekaligus merupakan jumlah kes tertinggi harian sepanjang pandem1k ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif C0vid-19 keseluruhan adalah sebanyak 56,659 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangk1tan Covid-19 adalah 13,842 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes imp0rt dan 1,882 kes adalah merupakan penularan tempatan.

Tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada Isnin adalah Selangor dengan 1,203 kes, diikuti Sabah yang mencatatkan 289 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 196 kes.

Dua lagi angka korban berkaitan C0vid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kemat1an C0vid-19 di Malaysia adalah sebanyak 337 kes,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media pada petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 883 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 42,480 kes.

“Sehingga kini, terdapat 115 kes positif C0vid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 48 kes memerlukan bantuan pernaf4san,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat kluster baharu dikesan pada Isnin iaitu Kluster Bintang (Kuala Lumpur), Kluster Indah Mas (Kuala Lumpur dan Petaling), Kluster Teja Kasih (Perak) dan Kluster Kobena (Johor Bahru).

Berikut ringkasan kes kematian pada Isnin:

1) Kes 336 – Seorang lelaki warganegara berusia 80 tahun, meningg4l dunia di Hospital Duchess of Kent

2) Kes 337 – Seorang wanita warganegara berusia 58 tahun, mempunyai latar belakang penyak1t dar4h t1nggi, penyak1t jantvng dan penyakit obstruktif p4ru-p4ru kr0nik (COAD). Pesakit meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Jumlah Tertinggi Sejak PKP…1,884 Kes Direkodkan, Selangor Sahaja 1,203 Jangkitan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*