Chef Wan Tempah Baju Harian Ibu Dari Pereka Terkenal

Sering berkongsikan momen manis bersama ibunya Noraini Abdullah atau lebih manja dipanggil Cik Ani, ramai yang mengangumi chef selebriti terkenal Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail yang sentiasa menyanjungi ibunya.

Malah, Chef Wan juga tidak kedekvt berbelanja untuk ibu tersayang apabila mended4hkan pakaian harian ibunya ditempah khas daripada pereka fesyen terkenal iaitu Calvin Thoo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)


“Alhamdulilah semua baju Kedah ibu untuk pakaian hariannya sudah pun disiapkan oleh pereka fesyen Calvin Thoo. Saya pergi ambil di kedainya di Jalan Imbi semalam.

“Emak kata sangat selesa pakai, jahitan dan kain pun sejuk sahaja Wan. Tengoklah siapa yang pilih emak, sambil saya us1knya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata baju-baju yang ditempah akan dipadankan dengan 15 kain batik pelbagai corak yang baharu dibelinya, manakala pakaian lama ibunya yang sudah lusuh akan disimpan.

Menerusi perkongsian di Instagram itu Chef Wan turut berkongsi cerita, ibunya telah mencuba pakaian tersebuut secara sembunyi pada waktu malam gara-gara terlalu gembira dengan pemberiannya itu.

“Dengan 15 batik sarung baharu untuk dipadankan, yang mana dah lvsuh dan repvt itu boleh disimpan as1ng buat masa ini. Dia sangat gembira menerima pakaian tersebut dan tak sabar nak tengok malam tadi tapi saya minta tunggu pagi lah.

“Pagi ni siang-siang dah naik bilik saya katanya emak dah cuba tadi masa kau tidur. Cantik-cantik baju baru emak. Terima kasih,” ceritanya.

Diruangan komen rata-rata net1zen seakan memuji tindakan Chef Wan yang sanggup melakukan apa sahaja dan memberikan yang terbaik buat ibunya.

Sebelum ini, Chef Wan sering berkongsi perjalanan kisah dirinya bersama ibu yang kini disahkan mengh1dap kanker payud4ra pada usia 89 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: RK

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Chef Wan Tempah Baju Harian Ibu Dari Pereka Terkenal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*