[VIDEO] Niat Nak Rakam Kawad Online, Tapi Kucing ‘Photobomb’ Video Gadis Ini

Semenjak pandem1k C0vid-19 mel4nda dunia, banyak norma baharu yang perlu kita adaptasi. Sebagai contoh, sesi pembelajan kini menggunakan kaedah secara dalam talian atau Open and Distance Learning (ODL).

Lebih unik, aktiviti fizikal dalam kokurikulum juga kini menggunakan kaedah yang lain memandangkan Prosedur Standard Operasi (SOP) tidak membenarkan pelajar untuk berkumpul secara beramai-ramai.

Bercerita tentang aktiviti kokurikulum, seorang gadis ada berkongsikan video latihan kawad yang dirakamnya ‘dicerob0h’ oleh kucing sendiri. Video yang mendapat hamp1r 300,000 jumlah tontonan ini dikongsikan sendiri oleh gadis itu di laman Twitter.

Ketika dihubungi Lobak Merah, gadis yang dikenali sebagai Izati ini berkata rakaman video ini adalah untuk aktiviti kokurikulum Kesatria, yang mewajibkan pelajar untuk belajar kawad kaki.

Pada mulanya, Izati meletakkan telefon di lantai perkarangan rumah untuk merakam dirinya berkawad. Dalam video yang dimuat naik, kelihatan seek0r kucing sedang duduk menemani tuannya di sisi.

Beberapa saat selepas itu, kucing itu mula menyedari ada telefon yang merakam mereka berdua di perkarangan rumah. Dia bertindak bangun dan memeriksa kamera itu, sehingga menutup ruangan kamera yang sepatutnya merakam aktiviti kawad kaki. Comel betul!

Video ini mendapat perhatian ramai yang terhibur dengan photobomb yang dilakukan oleh kucing itu. Di akhir ciapan gadis itu, dia ada berkongsikan kisah kucingnya.

“Her name is Layer and she used to be an ugly skinny stray cat before she came to our house. Dia dah nak masuk 10 tahun and dah tua pls doakan umur dia panjang. Tea srs takleh hidup without Layer”

Meskipun video photobomb ini dimuat naik dengan tujuan suka-suka, Izati ada menerima beberapa komen negatif daripada netizen yang mengec4mnya kerana tidak mah1r melakukan kawad kaki.

Terkilan dengan sikap beberapa pihak yang kurang senang dengan dirinya, pelajar UiTM Puncak Alam ini sempat memberi nasihat kepada mereka di luar sana agar sentiasa kekal positif dan berbuat baik kepada orang lain.

“Saya takde lah marah tapi benda macamni sentiasa boleh belajar kan untuk timba ilmu baharu tak perlu merendah rendah kan orang lain”

“Nasihat saya, instead or belittling other people why would you guys try to put yourself in their shoes, all of us are struggling so be kind”

Semoga Izati teruskan berlatih kawad kaki sehingga mahir dan buat kucing tersebut, tolong jangan kacau tuan anda lagi selepas ini!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: LobakMerah

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO] Niat Nak Rakam Kawad Online, Tapi Kucing ‘Photobomb’ Video Gadis Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*