Empat Tahun Menanti, Awie Bakal Timang Anak Keenam

Hampir empat tahun menanti selepas mendirikan rumah tangga pada 2016, penyanyi dan pelakon popular Datuk Awie memaklumkan beliau dan isteri bakal menimang cahaya mata keenam pada tahun hadapan.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 52 tahun, berkata kandvngan anak sulung bersama isterinya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, kini sudah memasuki usia tujuh bulan dan dijangka bakal bersalin Januari depan.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Ibu dan baby juga sihat-sihat sahaja. Tak ada apa yang ingin saya katakan, hanya memohon doa agar semuanya dipermudahkan,” katanya.

Perkhabaran gembira itu turut dikongsikan oleh Awie menerusi Instagram miliknya semalam. Awie turut memuat naik video menemani sterinya untuk membuat pemeriksaan rutin ibu ham1l di sebuah hospital.

“Saya di sini bersama isteri untuk check kandvngan tujuh bulan. Sudah lima anak saya dilah1rkan di sini dengan satu doktor yang sama,” katanya.

Awie dan Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 di Songkhla, Thailand. Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.

Awie kemudian bernikah dengan Rozana Misbun adik kepada aktres Haliza Misbun pada 2006. Kasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah,11, Putra Ahmad Rezzki, 10; dan Puteri Qasseh Antasha, 8.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @PENMERAH

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Empat Tahun Menanti, Awie Bakal Timang Anak Keenam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*