Bangladesh Tubuh Madrasah Pertama Untuk Tr4nsgender Muslim

Bangladesh merupakan negara pertama menubuhkan sekolah Islam pertama untuk komuniti tr4nsgender Muslim. Sekolah yang terletak di Dhaka itu dibuka secara rasmi pada 6 November lalu.

Ulama menyifatkannya permbukaan sekolah itu sebagai langkah pertama menyatukan golongan min0riti yang sering ditindas dalam masyarakat dan didiskr1minasi.

Diberi nama Dawatul Islam Tritio Linger Madrasa atau Islamic Gender School, tempat itu akan mengajar kumpulan transgender mengenai pengetahuan Al-Quran, falsafah Islam, bahasa Bengali, Inggeris, matematik dan sains s0sial.

Seorang pelajar berusia 33 tahun, Shakila Akhter, yang dilahirkan sebagai perempuan namun memilih untuk menjadi lelaki berkata dia gembira dan berterima kasih kepada ulama kerana melakukan perubahan itu.

“Kami beragama Islam, namun kami tidak boleh pergi ke masjid, bahkan kami tidak dapat bergaul dengan anggota masyarakat lain,” katanya.

Difahamkan, hampir 1.5 juta orang transgender di negara maj0riti Islam itu dan madrasah berkenaan antara rangkaian gerakan terbaru untuk memudahkan kehidupan tr4nsgender di sana.

Madrasah ini akan dikendalikan oleh sekumpulan ulama yang diketuai oleh Abdur Rahman Azad. Mereka mengubah suai tingkat atas sebuah bangunan 3 tingkat menjadi sekolah dengan dana daripada badan kebajikan tempatan.

Buat masa ini seramai 150 pelajar sudah berdaftar dengan sekolah berkenaan. Azad berkata gol0ngan tr4nsgender, yang dikenali sebagai Hijra (penghijrah) di Bangladesh, terlalu banyak berdepan pender1taan.

“Sudah terlalu lama mereka menjalani kehidupan yang menyedihkan. Mereka tidak boleh pergi ke sekolah, madrasah atau masjid. Mereka menjadi m4ngsa diskr1minasi. Kita, masyarakat dan negara perlu dipersal4hkan untuk ini.

“Kita mahu menamatkan diskriminasi ini. Allah tidak membeza-bezakan antara manusia. Islam mel4yan setiap orang sebagai manusia. Hijra perlu menikmati semua hak yang sama seperti manusia lain,” katanya.

Pada tahun 2015, pelamp4u Islam membvnuh aktiv1s g4y dan editor sebuah majalah LGBT sehinggakan ramai gol0ngan LGBT telah melar1kan diri dari Bangladesh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @PENMERAH

SUMBER: BH Online

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Bangladesh Tubuh Madrasah Pertama Untuk Tr4nsgender Muslim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*