Wajah Shah Rukh Khan di Burj Khalifa

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menerima kejvtan istimewa apabila wajahnya terpapar di skrin menara tertingg1 di dunia iaitu Burj Khalifa sempena ulang tahun ke-55, Isnin lalu.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Shah Rukh Khan menzahirkan rasa teruja dan berterima kasih kepada rakannya serta pihak Burj Khalifa yang membuat kejvtan itu.

“Rasa gembira melihat diri sendiri di skrin besar menara tertinggi di dunia dan sudah pasti anak-anak saya akan berasa kagvm,” katanya yang kini menyambut ulang tahun kelahiran di Dubai bersama keluarganya.

Pelakon kesayangan ramai itu turut dihujani ucapan daripada pelakon-pelakon dan peminat yang terus mendoakan dirinya diberi kesihatan yang baik dan inspirasi kepada masyarakat.

“Hai semua, terima kasih di atas ucapan ulang tahun yang penuh bermakna daripada anda semua termasuk kelab peminat saya di serata negara. Saya juga mohon sekiranya ada masa yang terluang sila lakukan perkara yang berfaedah dengan membantu masyarakat.

“Terima kasih sekali lagi kepada anda yang menitipkan ucapan dari serata tempat melalui apa saja saluran yang anda miliki. Saya cintakan anda. Doakan semoga tahun depan kita dapat bertemu lagi,” katanya.

Dia turut mendoakan semua peminatnya terus berada dalam keadaan sihat dan am4n-dama1.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @PENMERAH

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Wajah Shah Rukh Khan di Burj Khalifa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*