Selalu D1ejek Pakai Phone Biasa, Peminat Hadiahkan Usop iPhone

Sebelum ini hanya menggunakan telefon bimbit biasa sahaja, penyanyi Usop meluahkan rasa terh4ru apabila menerima hadiah telefon pintar jenama iPhone daripada para peminatnya.

Menurut Usop, dia seakan tidak percaya dan tidak pernah terlintas difikirannya untuk memiliki telefon pintar secanggih itu kerana baginya telefon biasa sudah memadai buat dirinya.


“Tak pernah termimpi pin akan pakai iphone sebab saya ni orangnya simple. Janji dapat call & WhatsApp cukup. Terh4ru sangat bila peminat bagi hadiah yang saya sendiri tak pernah terfikir akan beli,” katanya.

Berkongsikan rasa terharu menerusi sebuah video di Instagram, Usop mendedahkan dia pernah diperlekeh oleh rakan gara-gara menggunakan telefon bimbit biasa.

“Sebelum ni selalu je kawan-kawan ejek phone saya phone biasa. Ya la sebab saya tak kisah pun pasal phone. So bila dapat hadiah ni memang rasa macam tak percaya,” katanya.

Diruangan komen rata-rata peminat dan netizen terhibur dengan telatah Usop yang teruja dengan hadiah telefon pintar berkenaan serta mendoakan penyanyi itu akan terus mencipta kejayaan di masa akan datang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Instagram usopofficial

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selalu D1ejek Pakai Phone Biasa, Peminat Hadiahkan Usop iPhone"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*