“Saya Tak Pernah Cakap Dah Berhijab Sepenuhnya”

Tampil berhijab sejak Ramadan lalu, perkongsian video tarian Fasha Sandha bersama suaminya, Aidil Aziz di Instagram menjadi perhatian ramai apabila ada net1zen mempersoalkan pelakon itu tidak lagi mengenakan tudung.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen entri tersebut Fasha tamp1l menjelaskan bahawa dia masih  belajar untuk menutup aur4t dan tidak pernah menyatakan kepada umum bahawa dia sudah berhijab sepenuhnya.

“Betul komen dan pendapat adik itu, saya tak pernah cakap dah berhijab sepenuhnya, sama juga macam ada juga beberapa selebriti yang belajar berhijab di bulan Ramadan begitu juga saya.

“Perlahan-lahan belajar, bukan untuk memenuhi kehendak netizen mahupun trend tapi kerana diri sendiri. Saya belajar. Alhamdulillah ada orang bijak komen tentang 1su ini. Terima kasih dik sebab doakan kakak yang baik-baik,” tulisnya.

Di ruangan komen, ada seorang netizen mengatakan bahawa Fasha tidak pernah umumkan dia sudah bertudung dan berpendapat pelakon itu berhijab bagi menghormati keluarga mentuanya.

“Setahu saya Fasha Sandha tak pernah cakap pun dia bertudung, pada pandangan saya Fasha hanya menghormati keluarga mentua dia sahaja. Saya berharap Fasha akan bertudung. Betul tak pendapat saya Fasha?” tulis seorang peminat.

Selesa mengenakan tudung sepanjang bulan Ramadan lalu, Fasha berkata dirinya masih lagi dalam pr0ses belajar untuk memakai hijab sepenuhnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Tak Pernah Cakap Dah Berhijab Sepenuhnya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*