Jual Produk Tidak Berdaftar KKM, Sajat Didend4 RM14,500

Syarikat milik usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat didenda RM14,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar dan tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Majistret Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli menj4tuhkan hukum4n itu terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikatnya Nur Sajat dan Ashaari Maznan, 46 selepas mereka menukar pengakuan bersalah atas 17 pertuduh4n dihadapi.

Hanie Dzatul Akhmar menjatvhkan hukum4n dend4 RM1,000 bagi 12 pertudvhan manakala RM500 bagi lima pertudvhan lain terhadap syarikat itu yang juga Orang Kena S4man (OKS) dalam kes berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, OKS did4kwa memiliki keluaran yang bukan keluaran berdaftar iaitu ‘Esansue White 5 ml’; ‘Aqua Skin Collagen’; ‘Bio Swiss Bio-Celeren Stem Cell’ dan ‘placenta lucchine’.

OKS juga did4kwa memiliki produk tidak bernotifikasi iaitu ‘Soothing Ampaule’; ‘Upgrade Whitening Ampaule dan ‘Pure Collagen Ampaule’.

OKS ditudvh melakukan kedua-dua kesal4han itu di premis syarikat itu di Jalan Serai Wangi K16/K Seksyen 16, Shah Alam di sini pada 11.40 pagi, 15 Ogos 2018.

Terdahulu, kedua-dua pengarah berkenaan dalam rayuannya memohon hukum4n ringan memandangkan perniagaan anak guamnya terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: RK

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Jual Produk Tidak Berdaftar KKM, Sajat Didend4 RM14,500"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*