Bayaran Bantuan Prihatin 2.0 Akan Dikreditkan Mulai Hujung Oktober

Menerusi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN) bagi mengurangkan beban yang ditanggvng oleh rakyat akibat pandem1k C0vid-19.

Bantuan BPN 2.0 ini akan mula dibayar secara ansuran bermula hujung bulan Oktober 2020 dan pada bulan Januari 2021.

BPN 2.0

Infografik: Jabatan Penerangan Malaysia

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bakal diterima oleh 10.6 juta pemohon dengan jumlah bajet sebanyak RM 7 billion diperuntukkan. Golongan B40 dan M40 yang bujang ataupun sudah mendirikan rumah tangga layak mendapat bantuan ini.

Pemohon tidak perlu membuat permohonan semula bagi mendapatkan bantuan BPN 2.0 ini. Pihak kerajaan turut memberi peluang kepada mereka yang tidak pernah mendapat BPN untuk melakukan rayuan dan permohonan baru.

Kategori penerima

Infografik: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 yang mencatatkan seramai 3.7 juta isi rumah. Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang), ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40). Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 buj4ng yang akan menerima RM300.

Tarikh kemasukan

Infografik: Irujukan

Duit BPN 2.0 ini akan mula dikreditkan kepada mereka yang layak bermula hujung Oktober 2020 dan pada Januari 2021. Pembayaran BPN akan dibayar secara ansuran sebanyak dua kali.

Kaedah pembayaran

Bayaran BPN 2.0 ini akan terus dikreditkan ke akaun yang telah berdaftar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi individu yang mempunyai akaun bank.

Manakala, bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut duit bantuan tersebut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Cara memohon

Gambar sekadar hiasan

Pemohon boleh membuat permohonan BPN 2.0 menerusi laman web Lembaga Hasil  atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Bagi permohonan rayuan BPN ini boleh dimohon bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri,  Irujukan Jabatan Penerangan Malaysia

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment on "Bayaran Bantuan Prihatin 2.0 Akan Dikreditkan Mulai Hujung Oktober"

  1. Azizurrahman bin Abd Rahim | 08/10/2020 at 5:14 PM | Reply

    Saya bujang ,tiada sumber pendapatan,baru sahaja di berhentikan kerja,saya bekerja sebagai tukang urut refleksologi massage.rumah nak di bayar,sumber pendapatan tidak ada untuk membeli,barang dapur pun tak tak ada saya harap dapat membantu meringankan bebanan.nie number HP saya.016 6949500.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*