“Boleh cakap Jawa tak?” – Guru Tanya Soalan Tapi Jawapan Budak Ini Memang Win!

ahasa Jawa adalah merupakan bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian seperti Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur di Indonesia. Bukan itu sahaja, bahasa ini juga terbahagi kepada dua, iaitu Ngoko dan Kromo. Meskipun ia merupakan bahasa yang berasal dari Indonesia, namun masih terdapat sesetengah rakyat Malaysia yang turut fasih terhadap bahasa ini.

Pada beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Instagram yang dikenali sebagai @gelak_sakan.my dimana terdapat seorang guru wanita yang kelihatan sedang bersama anak muridnya di sebuah taska. Menerusi posting berkenaan, guru itu telah bertanyakan satu soalan kepada pelajar terbabit.


”Boleh cakap Jawa tak?” tanya guru berkenaan. Namun begitu, lain pula yang jadi apabila kanak-kanak perempuan itu telah memberikan jawapan yang berbeza daripada yang diharapkan. “Jawa”, kata pelajar terbabit. Meskipun singkat, namun ternyata jawapan budak berkenaan telah mencetvskan gel4k tawa warga netizen yang melihat video berkenaan.

Rata-rata warga netizen turut meninggalkan komen yang menyokong tindakan kanak-kanak terbabit. “Betul lah tu budak tu cakap”, kata salah seorang warga netizen yang memberikan komen dengan nada jenaka.

Posting tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 36.9 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Instagram tersebut.

“IQ level 100…”

“Betulla tu dia cakap…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Instagram gelak_sakan.my

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Boleh cakap Jawa tak?” – Guru Tanya Soalan Tapi Jawapan Budak Ini Memang Win!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*