“Jarang Bergadvh Dengan Suami Sebab Berpegang Kuat Pada Tali Allah”

Sudah hampir lima tahun melayari bahtera rumah tangga bersama suami, Muhammad Faizal Zakaria, pelakon Abby Abadi meluahkan rasa syukur perkahwinan mereka masih kekal bahagia sehingga ke hari ini.

Berkongsikan tips kebahagiaan rumah tangganya, Abby berkata dia dan suami sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama. Abby turut memuat naik tips itu di Insta Story bagi menjawab solan peminat berkenaan perkara itu.

“Ada juga pasang surutnya tapi saling menerima, saling melengkapi, bert0lak ansur, bekerjasama dalam banyak perkara..itu antara yang membuatkan hubungan ini harmoni.

“Sejujurnya memang dengan suami tersayang kurang bergadvhlah sebab berpegang kuat pada tali Allah ya,” katanya.

Mempunyai tiga orang anak angkat yang dijaga sejak bayi lagi, Abby mengatakan dia dan suami memberikan kasih sayang sama rata tanpa membeza-bezakan mereka dengan anak kandung.

“Saya anggap macam anak sendiri, jangan dibeza-bezakan dan saya pun tak pernah anaggap ini anak (angkat). Ini anak-anak saya dunia dan akhirat,” katanya.

Pasangan ini memelihara tiga anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisah Hakim, 11.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: RK

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jarang Bergadvh Dengan Suami Sebab Berpegang Kuat Pada Tali Allah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*