“Best tengok diorg, tak fake2…” – Gelagat Lucu Ain Edruce Dan Suami Jadi Perhatian Warganet

Rancangan Masak Apa Tu? episod 9 yang memaparkan gelagat pelakon dan pengacara, Ain Edruce mencuri tumpuan penonton di siaran TV3.

Menerusi rancangan berkenaan, penonton dapat menyaksikan Ain Edruce bersama suaminya, Amirul Hafiz dimana mereka berdua perlu bertanding memasak.

Walau bagaimanapun, selebriti kelakar ini sering menjadi perhatian warganet dengan gelagat lucu-lucu dan ternyata menerusi rancangan bersama juri, Ajak membuatkan warganet terhibur lagi dengan perangai ‘gila-gila’ yang dilakukan sepanjang rancangan berlangsung.

Melalui Youtube pula, ada netizen juga sanggup melihat gelagat lucu pasangan bahagia ini bertanding memasak sekali lagi. Dalam segmen memasak, Ain Edruce sempat mengacau suami lalu membuatkan orang ramai terhibur.

Ain Edruce juga tak duduk diam membuatkan Ajak juga mengetahui hal itu dan turut tertawa dengan gelagat selebriti tersebut. Selain memasak bagaimanapun, pasangan ini diuji pula dengan beberapa soalan mengenai pasangan.

Biarpun begitu, menerusi rancangan tersebut Ajak juga memuji sikap baik suami Ain Edruce dan dalam pada itu, menjenguk keruangan komen, kebanyakkan warganet yang menonton memuji pasangan ini yang sangat saling melengkapi satu sama lain.

“Pasangan yang tak pernah mengecewak4n…”

“Bestnya couple ni. Meriah naw, si Mirul lembut ja hahaha. Moga kekal ke jannah”

“Personaliti depa ni memang jauh beza. Haha, tapi saling melengkapi la…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Youtube

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Best tengok diorg, tak fake2…” – Gelagat Lucu Ain Edruce Dan Suami Jadi Perhatian Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*