Syazwan Beri Cincin Pujuk Wan Sharmila Secara Live Raih Perhatian Ramai

Umum sedia ketahui mengenai watak lakonan Syazwan Zulkifli dan Wan Sharmila dalam 7 Hari Mencintaiku sebagai Helmi dan Sofi nampak sangat menjadi. Keserasian lakonan mereka itu mendapat pujian daripada peminat drama tersebut.

Malah penangan drama fenomena berjudul 7 Hari Mencintaiku ini juga membuatkan ada yang masih belum ‘move on’ dengannya. Tambahan pula bila melihatkan ‘kemesraan’ Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila di sosial media, ada yang mendoakan hubungan mereka ke peringkat seterusnya.


Terbaru satu video live Syazwan beri cincin untuk pujuk Wan Sharmila menerima pelbagai reaksi warganet. Rakaman video live mereka itu direkod dan disiarkan oleh seorang pengguna Twitter dan telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi rakaman tersebut kedengaran Syazwan Zulkifly seakan rasa bersalah dan cuba memujuk Wan Sharmila dengan menghadiahkannya sebentuk cincin. Namun Wan Sharmila tetap menegaskan mereka hanya berkawan.

Video live Syazwan Zulkifly beri cincin untuk pujuk Wan Sharmila telah meraih lebih 283 ribu tontonan dan 9,500 retweets serta 12,800 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Kalau la diorang ni kawin betul. Kalah Mira Filzah netizen punya penangan. Hahahah. Mahu sebulan baru habis cerita pasal kawin diorang”

“Bencila!! 10 kali ulang video ni sengih-sengih lagi”

“Aku pulak yang tersenyum2 tengok diorang ni”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Syazwan Beri Cincin Pujuk Wan Sharmila Secara Live Raih Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*