Pengakhiran Budak Lelaki Pakaikan ‘S0lekan’ Untuk Ibu Buat Ramai Terharu

Menurut pakar, ibu bapa yang banyak meluangkan masa dengan anak-anak dalam aktiviti yang mereka minati dapat membina keyakinan diri. Apabila anak-anak berasa bahawa mereka dihargai oleh ibu bapa, mereka menjadi lebih positif terhadap diri sendiri.

Kegiatan keluarga tidak semestinya melibatkan percutian mahal untuk menjadi bermakna, apa yang penting adalah masing-masing berasa seronok.

Malah bukan ibu bapa sahaja boleh menyertai anak-anak dalam aktiviti kegemaran mereka, anak-anak juga boleh membantu ibu bapa membuat kerja seperti memasak atau mencuci kereta bersama.

Seperti yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak ini, dia telah merakam video untuk TikTok di mana dia memakaikan ibunya solekan.

Namun apa yang menariknya budak lelaki itu sebenar tidak pun merancang untuk meletakkan apa-apa produk solekan pada muka ibunya, dan dia hanya berpura-pura sepanjang video.

Sebelum memulakan solekan budak lelaki itu menyuruh ibunya memejamkan mata, sebelum dia meletakkan ‘foundati0n’ yang sebenarnya hanyalah serum.

Blusher, eyeliner, dan mascara juga hanya dilakukan dengan berus kosong agar wajah ibunya kelihatan sama seperti pada asalnya. Apabila ‘solekannya’ telah siap, dia menyuruh ibunya untuk membuka mata dan wanita itu terkejvt solekannya begitu kemas.

Budak lelaki itu kemudian mendedahkan bahawa dia sebenarnya tidak meletakkan sebarang mekap kerana wajah ibunya sudah cantik.

Telatah budak lelaki itu membuat rata-rata net1zen cair dan terharu dengan cara dia mengambil hati ibunya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pengakhiran Budak Lelaki Pakaikan ‘S0lekan’ Untuk Ibu Buat Ramai Terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*