Berbulan2 Per4ngi C0vid-19, Dr Noor Hisham Dapat Pengiktirafan Tertinggi

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah malam tadi diberi satu lagi pengiktirafan atas sumbangan besar beliau dalam memerang1 COVID-19.

Dr Noor Hisham dipilih sebagai penerima anugerah Paul Harris Fellow, pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Kelab Rotary kepada individu yang banyak menyumbang jasa untuk tujuan baik.

Anugerah itu disampaikan kepada beliau pada majlis Pemasyhuran Presiden dan Gala Kutipan Dana Tahunan Ke-93 Kelab Rotary Kuala Lumpur Diraja (RCKL) di sini, malam ini oleh presiden kelab itu yang baru dimasyhurkan Prabagaran Vythilingam.

“Anugerah ini sebagai tanda penghargaan, peng0rbanan dan komitmen ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan dalam mendepani pandem1k gl0bal yang tidak pernah berlaku sebelum ini, mereka telah memenangi hati dan minda negara,” kata Dr Noor Hisham dalam ucapannya semasa menerima anugerah itu.

Antara tokoh terkemuka yang telah dipilih sebagai penerima anugerah Paul Harris Fellow ialah Presiden Amerika Syarikat Ke-39 Jimmy Carter (James Earl Carter, Jr.), angkasawan James Lovell, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  Javier Perez de Cuellar dan pencipta vaksin polio Jonas Salk.

Diwujudkan pada 1957, anugerah itu bagi mengiktiraf individu yang telah memberi sumbangan besar dan menyok0ng usaha dermawan seperti imun1sasi kanak-kanak daripada p0lio dan menyediakan air bersih ke kawasan misk1n di seluruh dunia.

Kementerian Kesihatan turut diberi pengiktirafan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Rotary manakala RCKL Diraja dipilih sebagai penerima anugerah The Brand Laureate International Premier Award 2020 bagi kepimpinan dalam perkhidmatan kemasyarakatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Berbulan2 Per4ngi C0vid-19, Dr Noor Hisham Dapat Pengiktirafan Tertinggi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*