Kasih Iris Leona Buat TikT0k Slow Mo Dengan Budak 46 Tarik Perhatian Ramai

Bagi yang biasa meluangkan masa di TikT0k pasti sangat famil1ar dengan nama Budak 46. Pemilik nama sebenar Ammar itu bukan sahaja terkenal di TikTok dengan video slow motion yang dilakukan secara manual, malah video-videonya juga sering dikongsikan di seluruh platform media-media sosial yang lain.

Pada mulanya Budak 46 tular kerana hasil video TikTok slow mo yang dilakukan menimbulkan rasa lucu di kalangan netizen kerana kelihatan tidak realist1k, namun kini lebih ramai yang mula menghargai cubaannya itu.

Malah Budak 46 juga kini semakin banyak mendapat l1putan media sambil dia berlatih untuk menyempurnakan gayanya itu.

Terbaru Raja Slow Mo Malaysia itu telah menarik perhatian netizen sekali lagi apabila dia bergandingan dengan seorang lagi bintang TikTok yang dikenali ramai, Kasih Iris Leona yang merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman.

Dalam video yang dikongsikan Leona di TikTok dan Twitternya, dia meluahkan bahawa hidupnya sudah ‘lengkap’ selepas dapat buat TikTok slow mo dengan Budak 46. Terkenal betul Budak 46 ini bukan, sampaikan anak artis pun ingin bertemu dengannya.

Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang keliru dengan kolaborasi luar jangkaan itu dan ada juga yang terhibur.

“Kolab yang lebih baik dari…”

“Lelaki ni jadi crush semua perempuan…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Twitter @kasihirisleona

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kasih Iris Leona Buat TikT0k Slow Mo Dengan Budak 46 Tarik Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*